Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Taman Tasik Titiwangsa Ditutup...

KUALA LUMPUR - Kawasan riadah yang terkenal di ibu negara, Taman Tasik Titiwangsa,...

‘Culik Diri Sendiri’ Kerana...

MEXICO – Hanya kerana malu isterinya berpendapatan lebih tinggi daripadanya, seorang lelaki, Eliot...

Putera Harry Bercinta Dengan...

PUTERA raja British, Putera Harry; 32, dilaporkan kini sedang hangat bercinta dengan pelakon...

Buaya Di Sg Kg...

KUALA NERUS - Buaya yang ditemui orang ramai di tepi sungai kampung Seberang...

Polis Berkas Seorang Suspek Terlibat 14 Kes Pecah Rumah

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam 14 kes pecah rumah di sekitar Lembah Klang serta merampas pelbagai barangan bernilai RM500,000.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Azlee Abdullah berkata suspek yang berusia 37 tahun dan bergiat aktif sejak 2012 itu ditahan pada pukul 1.45 tengah hari di sebuah unit pangsapuri di Taman Bukit Mandarina, Cheras pada 12 Mac lepas.

“Suspek memiliki 12 rekod jenayah lampau manakala ujian air kencing suspek didapati positif dadah jenis ganja.

“Ekoran daripada tangkapan itu, polis merampas pelbagai barangan antaranya barang kemas, televisyen, komputer riba, telefon bimbit, jam tangan dan peralatan yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah pecah rumah seperti playar,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, hari ini.


Selain itu, polis turut menahan dua individu lain iaitu peniaga kedai komputer dan barang kemas kerana membeli barangan yang dicuri suspek selain disyaki terbabit dalam proses pelupusan barangan berkenaan.

“Polis masih mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori