KUALA LUMPUR – Pihak polis gagal mendapatkan perintah reman daripada mahkamah ke atas Bendahari Pemuda PAS, Fakhrulrazi Mokhtar.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat berkata, permohonan remah oleh pihak polis tersebut telah ditolak oleh mahkamah.
“Permohonan reman oleh polis ditolak. Fakhrulrazi akan dibebaskan pukul 5 petang ini,” katanya melalui Facebook beliau hari ini.
Media semalam melaporkan Fakhrulrazi ditahan polis bagi membantu siasatan kes perhimpunan haram #‎Kitalawan di ibu negara pada Sabtu lalu.
Fakhrulrazi yang merupakan Bendahari DPPM ditahan kira-kira pukul 2 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.
Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan berikutan perhimpunan haram tersebut dan ditahan reman selama tiga hari sebelum dilepaskan petang kelmarin. – MYNEWSHUB.cc