Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30...

MANILA - Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 bertemakan, 'Kerjasama Untuk Perubahan, Melibatkan Dunia,' sidang...

Pura-Pura Sertai Solat Tarawih...

SEGAMAT - Dua lelaki berpura-pura menyertai solat tarawih semata-mata mahu meninjau kedudukan tabung...

Harga Telur Mahal, Berapa...

KUALA LUMPUR - Harga telur di ladang masih tinggi walaupun menteri yang berkaitan...

Bidas Pihak Dakwa Beliau...

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini membidas tindakan...

Tiga Kes Bunuh, Polis Geledah Kondo Jutawan AS

HOUSTON, Texas – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) membawa dua buah kotak selepas menggeledah kediaman jutawan hartanah, Robert Durst di sini susulan penangkapannya di New Orleans pada hujung minggu lalu kerana disyaki membunuh.

Durst, 71, didakwa berhubung satu pembunuhan di California pada 15 tahun lalu. Dia merupakan suspek dalam kes kehilangan isteri pertamanya di New York tetapi tidak pernah didakwa.

Pada 2003, dia dibebaskan daripada dakwaan melakukan pembunuhan di Texas.

Penangkapannya di New Orleans berlaku sejurus sebelum episod akhir sebuah dokumentari terbitan HBO mengenai kaitannya dengan tiga pembunuhan tersebut.

Seramai tujuh anggota polis mengambil masa beberapa jam menggeledah kediaman Durst yang terletak di tingkat 17 sebuah bangunan kondominium kelmarin.

Sekitar pukul 8.30 malam, anggota-anggota polis itu membawa dua kotak berisi dokumen dan meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki enam buah ken­deraan.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Shauna Dunlap mengesahkan bahawa beberapa ejen FBI terlibat dalam operasi di kediaman Durst atas permintaan Jabatan Polis Los Angeles (LAPD).

Jurucakap LAPD, Sarjan Barry Montgomery pula berkata, jabatannya enggan mengulas berhubung operasi itu sehingga Durst berada dalam tahanannya.

Jutawan itu kini ditahan di negeri Louisiana dan berdepan tuduhan memiliki dadah dan senjata. Setakat ini, masih tidak jelas bila dia akan dihantar pulang ke California.


“Pada masa ini, LAPD masih menunggu proses ekstradisi Durst,” kata Montgomery.

Seorang anggota keselamatan memberitahu, penangkapan Durst kerana dakwaan membunuh dibuat berdasarkan beberapa perkataan yang ditulisnya.

Analisis pihak berkuasa mengaitkan sepucuk surat yang ditulis oleh Durst kepada rakannya, Susan Berman setahun sebelum wanita itu dibunuh dengan surat kedua yang mana Durst menyatakan bahawa hanya pembunuh Berman yang boleh menulis surat untuk memaklumkan kepada polis tentang lokasi mayat mangsa.

Surat berkenaan kini menjadi bukti baharu dalam kes pembunuhan pada tahun 2000 itu.

Durst didakwa pada Isnin lalu di Los Angeles kerana membunuh Berman di Beverly Hills, California. Wanita itu merupakan anak perempuan seorang ketua penjenayah yang ditakuti di Las Vegas.

Dia boleh dihukum mati jika didapati bersalah berhubung dakwaan tersebut. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori