Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ditangguh, Ketua Puteri UMNO...

KUALA LUMPUR - Ketua Puteri UMNO Terengganu, Rozita Ismail akan ditukar dan pelantikan...

Gambar Tunku Ismail, Cools...

KUALA LUMPUR : Tindakan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail...

DAP Ucap Terima Kasih...

KUALA LUMPUR - Gerakan anti-kerajaan BERSIH dan DAP mengucapkan terima kasih kepada syarikat...

Mahu Rakyat Tegur Kelemahan...

JITRA - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu sebarang kelemahan atau...

Polis Kuala Lumpur Siasat Portal Malaysiakini

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur membuka kertas siasatan terhadap fitnah yang dilemparkan ke atas pasukan itu melalui laporan portal berita Malaysiakini semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, portal berita itu melaporkan dakwaan kononnya polis mengiringi konvoi Pemuda MCA semasa protes di Ibu Pejabat DAP Pusat di sini pada 20 Mac lalu.

Menurutnya, dakwaan itu berunsur fitnah dan boleh mengelirukan serta mendatangkan kegentaran kepada orang awam sekaligus menganggu ketenteraman awam.

“Kehadiran anggota polis dalam perhimpunan itu untuk tugas jaga keamanan atas dasar kawalan ketenteraman awam seperti kawalan ke atas perhimpunan lain dan dilakukan di bawah arahan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju.

“Polis Kuala Lumpur memandang serius perkara ini dan laporan polis telah dibuat oleh Ketua Polis Balai Setapak kerana itu tidak benar dan mempunyai unsur fitnah ke atas polis. Kertas siasatan telah dibuat berkaitan kes tersebut mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Malaysiakini semalam melaporkan Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mengkritik pihak polis kerana mendakwa motosikal peronda polis dilihat mengiringi konvoi Pemuda MCA untuk mengadakan protes di Ibu Pejabat DAP berhubung enakman hudud.

Hong Soon berkata, orang ramai yang hendak mengetahui tugas-tugas polis di tempat awam boleh berhubung dengan ketua polis daerah dan tidak membuat andaian yang boleh mengelirukan.

“Mereka yang membuuat kenyataan demikian adalah melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah, aib dan mengusarkan yang boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori