Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Viral Wanita Ditelan Ular...

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan berita yang menjadi...

Apa Kaitan Perebutan Kuasa...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kaitan...

Poh Kong Lancar ‘Gold...

PUTRAJAYA - Poh Kong Jewellers Sdn Bhd, rangkaian runcit barang kemas terbesar di...

Insentif RM10,000, Lot Rumah...

KUALA KANGSAR - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan insentif sebanyak RM10,000 serta satu...

Polis Panggil Nurul Nuha Beri Keterangan

KUALA LUMPUR – Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan haram #KitaLawan di ibu negara baru-baru ini.

Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu kenyataan media memberitahu, Nurul Nuha yang merupakan penyelaras “March 2 Freedom” disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

“Nurul Nuha telah dipanggil polis untuk dirakam percakapan berkait perhimpunan #KitaLawan. Siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan. Tarikh dan waktu rakaman percakapan belum ditetapkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam kakak Nurul Nuha, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ditahan polis di bawah Akta Hasutan berikutan ucapannya yang menghina institusi kehakiman semasa sidang Parlimen baru-baru ini.


Biro Komunikasi PKR turut memaklumkan ahli PKR Cabang Subang, S.Jayathas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pukul 3 petang ini berikutan perhimpunan #KitaLawan. – mynewshub.cc

mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori