DIANGGARKAN seramai 50 aktivis pembangkang telah ditahan pihak polis selepas mereka enggan bersurai di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya, petang Isnin.
Terdahulu, pada jam 11.15 pagi, seramai hampir 100 orang berkumpul di lokasi tersebut cuba membuat bantahan berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan bermula 1 April ini.
Lebih 50 anggota polis telah berkawal di kawasan sekitar kompleks kastam bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Antara yang hadir pada demo bantahan tersebut adalah aktivis pembangkang seperti Safwan Anang, Datuk A. Samad Said serta pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan Dr Zulkifli Ahmad.
– MYNEWSHUB.CC