Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Kopitiam Popular Viral ‘Hidang’...

PERKONGSIAN video We Are Malaysian Indians baru-baru ini dilaman sosial Facebook menjadi tular...

Ugut OCPD: Pengerusi DAP...

KUANTAN - Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong ditahan polis hari ini bagi...

Selangor Perkenal Jersi Ketiga...

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini memperkenalkan jersi ketiga...

Peguam Roger Ng Terima...

NEW YORK - Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) semalam menyerahkan 1 juta dokumen...

PPM Wilayah 2 Tahan 69 Pati Warga Indonesia Di Kota Tinggi

JOHOR BAHARU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 69 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia yang cuba keluar dari negara ini melalui laluan tidak sah di Pantai Ladang Mados, Bandar Penawar, Kota Tinggi, malam tadi.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata sebanyak 59 lelaki dan 10 wanita ditahan menerusi ‘Ops Landai’ pada 11 malam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan 10 anggota PPM melakukan intipan dan serbuan di lokasi hutan serta kawasan pantai Mados lalu berjaya mengesan kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 54 tahun,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Khiu berkata kesemua mereka yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di negara ini dipercayai cuba menyusup pulang ke negara mereka menggunakan bot pancung.


Beliau berkata kesemua PATI berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002.

“PPM Wilayah Dua sentiasa komited dalam membanteras aktiviti penyeludupan manusia dan operasi bagi memerangi perkara ini akan dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut menyeru kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat tentang kegiatan menyalahi undang-undang yang berlaku di pesisiran pantai dengan menghubungi PPM di talian 07-2372222 atau 07-2376122. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori