Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1MDB: Penjelasan Berdasarkan Fakta

KUALA LUMPUR - Pendekatan berhemah dan penerangan yang tidak dipengaruhi spekulasi, membantu kepada...

Servis Restoran Dikritik Lembab,...

PELAKON, pengacara dan ahli perniagaan Fizo Omar yang sebelum ini dilaporkan berang apabila restoran...

Ubah Sikap Anggota Parlimen...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan transformasi Parlimen perlu dimulakan anggota-anggota Parlimen itu sendiri yang...

Wanita Berani Panjat Tingkat...

WANITA ini memang berani, jika tidak masakan dia sanggup memanjat bangunan lima tingkat...

Presiden Myanmar Lawat Malaysia Dua Hari

KUALA LUMPUR – Presiden Myanmar, U Thein Sein akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini di atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, lawatan pemimpin Myanmar itu merupakan yang pertama ke negara ini selepas beliau dilantik sebagai presiden republik itu pada 2011.

Thein Sein yang diiringi isteri, Daw Khin Khin Win, menteri kabinet serta pegawai kerajaan dijadual menghadiri Upacara Sambutan, Majlis Menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta Majlis Santapan Negara.

Beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat terhad bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti mesyuarat delegasi serta jamuan makan rasmi yang dihoskan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Menurut kenyataan itu, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan mengenai kemajuan kerjasama dua hala sedia ada dan peningkatan dalam kerjasama pelbagai sektor serta bertukar pandangan berhubung isu-isu serantau.

Myanmar merupakan rakan dagang ke-38 terbesar Malaysia dan ketujuh terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah perdagangan dua hala kedua-dua negara adalah sebanyak RM3.18 bilion (AS$972.1 juta) tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori