Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PATUT Sokong Cadangan TPM...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (PATUT) menyambut baik cadangan Timbalan Perdana...

Wanita 100 Tahun Antara...

PUTRAJAYA - Wanita berusia 100 tahun antara tiga individu yang dilaporkan meninggal dunia...

Polis Terima 7 Laporan...

KUALA LUMPUR - Polis menerima tujuh laporan berhubung dakwaan memfitnah yang dilaporkan dilakukan...

Hampir Separuh Jemaah Haji...

MAKKAH - Hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia bagi musim...

PRK DUN Chempaka: PAS Ditentang 4 Calon Bebas

KOTA BAHARU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

Calon PAS ialah Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

Empat calon bebas ialah bekas calon bebas PRK DUN Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ibrahim Bakri Mat Deris membuat pengumuman itu di Pusat Penamaan Calon di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini pada pukul 10.45 pagi.

Ibrahim Bakri berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada calon PAS pada pukul 9.05 pagi, manakala daripada Izat Bukhary (9.12 pagi); Fadzillah (9.17 pagi); Sharif (9.18 pagi); dan Aslah (9.20 pagi). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori