Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harga Siling Topeng Muka...

PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka di negara ini adalah RM1.50.Menteri...

APMM Gagalkan Cubaan Seludup...

JOHOR BAHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat menggagalkan...

Pemandu Bas Didakwa Bunuh...

SEREMBAN - Seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Sultan Ibrahim Berkenan Terima...

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap...

Proses Audit 1MDB Telah Dimulakan – Jabatan Audit Negara

PUTRAJAYA – Jabatan Audit Negara telah memulakan proses pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebaik menerima arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata jabatan itu akan memberi keutamaan dalam melaksanakan pengauditan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu secara bebas dan profesional.

“Tentunya jabatan akan beri keutamaan dalam hal ini dan kami harap kami boleh melakukannya dalam suasana aman dan sejahtera,” katanya dalam sidang media mengenai pengauditan 1MDB di sini hari ini.

Ambrin berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy baru-baru ini yang telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama penuh dengan jabatan itu dalam proses pengauditan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori