Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kebajikan Golongan OKU Dijamin...

LAHAD DATU - Kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) di Sabah terjamin menerusi...

Gempa Kuat Melanda Kepulauan...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 pada skala Richter...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat...

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas membabitkan penerbangan PK-661 Pakistan...

Cipta Cara Baharu Tingkatkan...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbitan akhbar dan wartawan dinasihatkan mencipta cara baharu bagi...

Proses Penamaan Calon PRK DUN Chempaka Dibuka

PENGKALAN CHEPA – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dibuka 9 pagi ini di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini.

Proses dijadual berlangsung selama sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ibrahim Bakri Mat Deris mengumumkan nama calon yang bertanding dalam PRK itu dijadualkan 22 Mac sekiranya ada pertandingan.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abdul Razak dengan majoriti 6,500 undi. Nik Abdul Aziz memperoleh 12,310 undi manakala Wan Razman mendapat 5,810 undi.


DUN Chempaka mempunyai 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa; 1,497 pemilih awal dan tiga orang pengundi tidak hadir luar negara.

BN memutuskan tidak bertanding pada PRK itu bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori