Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

PAS Tetap Ajak BERSATU,...

KUALA LUMPUR : PAS tetap akan berusaha menjayakan kerjasama tiga penjuru di antara...

Sufian Suhaimi Kantoi Kacau...

WALAUPUN tidak mengesahkan hubungan mereka secara rasmi, namun keakraban penyanyi Sufian Suhaimi dengan...

Sultan Johor Kurnia Makanan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

Pencuri Barang Kemas Terkenal...

ATLANTA - Seorang pencuri barang kemas terkenal yang pernah mendedahkan mengenai kerjaya jenayahnya...

PSM Biadap Kata Kastam Bacul

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersikap biadap kerana mendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai sebuah organisasi yang bacul.

Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan mendakwa JDKM bacul kerana melarikan diri daripada kira-kira 100 peserta bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di kompleks JKDM di Kelana Jaya di sini baru-baru ini,
“JKDM bacul kerana mahu menjawab 106 soalan yang dibawa oleh peserta protes terbabit melalui laman web berbanding bersemuka sendiri dengan mereka pada hari tersebut.

“Tujuan kami datang bersemuka adakah untuk dapatkan penjelasan bukan hanya sekadar nak tengok penjelasan dalam laman web,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Arutchelvan turut mendakwa, Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan meminta peserta GST supaya bertanya kepada Parlimen mengenai salah satu soalan yang mahu dikemukakan tersebut.


“Soalan pertama yang ditanya mengapa sardin makanan rakyat marhaen dikenakan GST manakala lobster makanan orang kaya tidak dikenakan GST dan jawapan oleh Pengarah Wilayah Persekutuan adalah, “itu saya tidak tahu dan anda kena tanya kepada Parlimen,” dakwanya. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=SjdTvht68Bk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori