Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Pegang Janji Peralihan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian beliau dan Tun Dr...

Mangsa Banjir P.Pinang Terus...

GEORGE TOWN - Sejumlah 1,987 mangsa daripada 486 keluarga masih ditempatkan di pusat...

Aduan Pengguna: Serpihan Kaca...

IPOH - Seorang pelanggan McDonald's mendakwa adik perempuannya mengalami kecederaan di bahagian tekak...

Merokok Meningkatkan Risiko Dijangkiti...

KUALA LUMPUR - Gilbert (bukan nama sebenar) mula merokok ketika berusia 17 tahun...

Rafizi Memang Harap DipenjarakanUntuk Jadi Hero?

KUALA LUMPUR – Rakyat menghormati aktivis yang dipenjarakan kerana berjuang menentang kerajaan dalam isu-isu kepentingan rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Kata beliau, hanya pimpinan kerajaan seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak menyedari perkara itu kerana menahannya.

“Saya sebenarnya berasa lucu kerana pimpinan UMNO masih belum faham perubahan di dalam masyarakat kita.

“Mutakhir ini rakyat lebih menghormati aktivis-aktivis yang dipenjarakan bila berjuang menentang Barisan Nasional (BN) dalam isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi dalam pada itu mendakwa, beliau ditahan selama tiga hari baru-baru ini bukan kerana pekeliling supaya menyertai perhimpunan di ibu negara tetapi bagi menyekatnya menyertai perhimpunan ‪#‎kitalawan‬ pada 28 Mac lalu.

Beliau dalam pada itu mendakwa menerima layanan baik oleh kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Hospital Kuala Lumpur dan Lokap Bersepadu Jinjang sepanjang ditahan.


Dakwanya, beliau sempat memberi ceramah kepada kelompok kecil anggota polis yang mahu tahu tentang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripadanya.

Sementara itu, sekumpulan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dilaporkan melawat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh hari ini.

Lawatan mereka dipercayai bagi mendapatkan nasihat Anwar mengenai beberapa siri tangkapan oleh polis ke atas pemimpin Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori