UMUM mengetahui Rafizi Ramli sentiasa tampil dengan pelbagai cerita panas membabitkan kerajaan terutama Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.
18 Mac lalu, Rafizi sekali lagi menyebarkan propagandanya menerusi satu status Facebook dengan membayangkan bahawa isteri Najib, Datin Sri Rosmah Mansor telah ke Indianapolis pada penghujung tahun lalu untuk satu sebab yang tak terjangkau dek akal iaitu meninjau naik taraf jet baru, lantas meminta pengesahan pentadbiran Najib berkaitan hal ini.
Jet baru yang dimaksudkan Rafizi merujuk kepada sebuah jet jenis A320 yang dibeli kerajaan baru-baru ini untuk digunakan VVIP negara bagi perjalanan jarak jauh.
BACA: Jet Terbaru Kerajaan Dibeli Ganti Pesawat Berusia 20 Tahun
Telahan tersebut dibuat Rafizi semata-mata kerana jet milik kerajaan dikatakan berada di Indianapolis selama enam hari sedangkan waktu itu Najib berada di Kelantan untuk meninjau mangsa banjir.
Susulan itu Pegawai Tugas Khas Perdana Menteri Rizal Mansor hari ini, membalas menerusi Facebook juga bahawa dakwaan Rafizi itu tidak benar sama sekali, sekaligus meminta supaya Rafizi membawakan bukti kukuh dan bersumpah dakwaannya itu benar.
Ok, maknanya dah ada pengesahan daripada pihak PM bahawa perkara ini tak benar. Dalam erti kata lain, Rafizi patut malu kerana menyebarkan satu fitnah.
Kepada Rafizi, anda seharusnya meminta maaf tapi kalau tetap berkeras mahu menegakkan dakwaan maka sahutlah cabaran Rizal ini bagi membuktikan bahawa anda bukan pembohong besar.
Caranya, bawakan bukti dan bersumpahlah anda berkata benar.. (walau kami yakin bab bersumpah tu macam mustahil je).
Oleh: Rem Ramzi
– MYNEWSHUB.CC