Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Stor Rumah Anak Yatim...

KUALA LUMPUR : Stor barang di Rumah Anak Yatim Mary di Taman Air...

Barangan Masuk Melalui Kastam...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia...

Rakyat Macedonia Keluar Mengundi...

SKOPJE - Rakyat Macedonia keluar mengundi hari ini sama ada untuk menukar negara...

RM524,382 Cek MPBPJ Tidak...

PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan sebanyak 306 cek bernilai...

Rahsia Kenapa Nyamuk Suka Terbang Atas Kepala Kita

JAKARTA – Nyamuk tercatat sebagai salah satu serangga yang paling banyak membawa maut dalam sejarah kerana berjaya membunuh sehingga 2 juta nyawa manusia di seluruh dunia pada setiap tahun.

Namun, tahukah anda mengapa nyamuk mempunyai kebiasaan suka sangat terbang di sekitar atas kepala manusia? Adakah si nyamuk hanya ingin menggoda manusia dengan ‘siulan’ bingitnya itu?

Jawapannya ternyata tidak. Nyamuk ada alasan tersendiri untuk selalu terbang di keliling kepala manusia. Menariknya, ia tiada hubungan pun dengan ‘percubaan’ ingin menghisap darah manusia.

Menurut Rick Pollack, pakar serangga dari Amerika Syarikat, nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.


Uniknya, hanya nyamuk betina melakukan hal aneh seperti itu. Tetapi, apabila ada nyamuk jantan yang ikut terbang di sekitar kepala anda, ia mungkin bermakna nyamuk itu sedang cuba untuk memikat nyamuk betina.

Nyamuk jantan kerap menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, dan atas kepala manusia. Ini semua berlaku kerana nyamuk jantan ‘menari’ untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.

Kesimpulannya, semakin banyak anda hembus karbon dioksida, biarpun memakai topi, serban, songkok, tudung atau ketayap, pasti kepala anda jadi tumpuan banyak nyamuk ‘menari-nari’ gembira. – Agensi/mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori