Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Marah Punya Pasal… Suami...

SABAK BERNAM - Seorang suami tidak dapat menahan marahnya apabila mengetahui isterinya dirogol...

Saksi Ada Terfikir Kebakaran...

SHAH ALAM - Pegawai penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memberitahu...

Jentera BN Sedia Tangkis...

KUALA KANGSAR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jentera pilihan raya Barisan...

Ceroboh: Wartawan, Jurukamera Asing...

KOTA BHARU - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menahan seorang wartawan dan seorang jurukamera...

Raih Pendapatan RM88,949 Sebagai Penguji Pelet Paintball

LONDON – Seorang pelajar aliran komputer grafik di Universiti Kingston di sini, meraih pendapatan sebanyak £16,000 (RM88,949) setahun apabila menjadikan dirinya sebagai sasaran peluru dalam sukan paintball.

Pelajar tersebut, Jordan Wills, 19, berkata, dia ditembak di bahagian badan dengan pelet pada jarak antara tujuh hingga sembilan meter dengan kelajuan 64km/sejam selama dua hari seminggu.

Wills bekerja sebagai penguji impak peluru paintball berkata, tugasnya hanya perlu berdiri di satu tempat dan menjadi sasaran manakala penembak akan menyasarkan pelet tersebut di bahagian badannya.

“Saya menggemari sukan paintball dan sudah biasa ditembak dengan pelet. Walaupun kelihatan lebam di badan, kesakitan yang dialami tidaklah seteruk seperti disangkakan orang ramai.


Sementara itu, pemilik sebuah tapak paintball di sini yang juga majikan Wills, Justin Toohig mengakui, ia adalah satu pekerjaan ekstrem, namun, beliau menegaskan langkah-langkah keselamatan telah diambil pihaknya.

“Selepas ditembak, Wills akan memberi maklum balas kepada syarikat pengeluar pelet paintball untuk menentukan tahap keselamatan dan kualiti palet untuk sukan ini,” katanya. – AGENSI

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sukan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori