Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ramai Rakyat M’sia Tidak...

KLANG - Lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayuran dan buah-buahan yang...

3 Individu Ditahan Bersama...

ALOR SETAR - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita serta merampas 4,551...

Ada 3 Menteri Yang...

PETALING JAYA – Masih ada sekurang-kurangnya tiga menteri yang dilihat sebagai “mengelak media”...

Australia Arah Siasatan Di...

SYDNEY - Australia mengarahkan supaya siasatan dilakukan ke atas dakwaan salah laku seksual...

Raja Muda Nasihat Rakyat Jaga Kebersihan Sempena LIMA

KRABI (Selatan Thai) – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat Perlis supaya menjaga kebersihan menjelang Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015.

Baginda bertitah Kuala Perlis menjadi pintu masuk utama ke Langkawi menerusi feri.

“Di jangka hampir separuh dari kira-kira 600,000 pengunjung akan menggunakan Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Beta mahu tandas, laluan pejalan kaki, premis perniagaan, longkang, pesisiran sungai dan hentian bas sentiasa bersih.

“Kawasan tumpuan utama seperti Masjid Al-Hussain, Medan Selera Brasmana dan pesisir pantai Kuala Perlis yang disinggahi pengunjung perlu berada pada tahap sedap mata memandang yang melambangkan mentaliti kelas pertama,” titah baginda.

Menurut Syed Faizuddin, pelancong juga dijangka mengambil peluang untuk ke Padang Besar dan Wang Kelian bagi membeli-belah.

“Beta mengharapkan peniaga selain memberi perhatian pada kebersihan hendaklah menjual barang dengan harga berpatutan dan jangan menaikkan harga sewenang-wenangnya.


“Sektor seperti kaunter jualan tiket, parkir, kereta sewa dan perhotelan adalah perkhidmatan barisan depan. Berikanlah perkhidmatan terbaik yang mencerminkan tuan-tuan sebagai duta kecil selain bagi menjaga imej Perlis yang indah dan permai,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian kepada media selepas menghadiri program Hijrah Minda Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Trang, di Masjid Madinatul Islam, Trang, selatan Thailand, Jumaat.

Baginda dan anggota MAIPs dalam rangka lawatan kerja tiga hari untuk mengadakan perbincangan dengan Majlis Agama Islam (MAI) di Wilayah Andaman Selatan pada Sabtu dan Ahad.

Tuanku Syed Faizuddin juga akan merasmikan Muntaqa Ummatun Wahidah (Perjumpaan Satu Umat) yang dihadiri anggota MAI enam wilayah tersebut iaitu Phuket, Satun, Krabi, Ranong, Trang dan Phang Nga pada Sabtu.

Dalam perjalanan dengan bas ke Krabi dari Trang hampir dua jam, baginda menunaikan sembahyang Jumaat bersama umat Islam Wilayah Trang serta menyampaikan sumbangan MAIPs. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori