MADRID – Seorang juruarah pemandu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan yang serius ketika beraksi dalam perlumbaan Rali Klasik Oris di Mallorca, Sabtu.
“Dengan sedih kami mengumumkan kematian Jose Lumbreras del Cabo, pembantu pemandu dan peserta rali di sini,” menurut kenyataan penganjur rali.
“Pemandunya, Carlos Iscar berada dalam keadaan stabil di Hospital Universitari Son Espases.
“Penganjur, penaja dan semua peserta sedih dengan perkembangan ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga peserta yang terkorban.”
Media Sepanyol melaporkan kereta itu terbakar selepas merempuh pokok. Kedua-dua lelaki itu memandu Renault 5 Turbo 1984.- AFP