Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Maut Dimakan Tikus...

JOHANNESBURG - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut setelah dimakan hidup-hidup oleh...

Lelaki Maut Dipercayai Terkena...

KENINGAU ā€“ Seorang lelaki tempatan maut serta merta manakala rakannya cedera parah dipercayai...

Mayat Mangsa Lemas Di...

KEMAMAN - Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam Sungai Kemaman...

Jenazah 5 Beranak Mati...

KUALA NERUS - Jenazah lima sekeluarga yang mati lemas ketika berkelah di Air...

Rangkuman #KitaLawan – Ribuan Berarak Tuntut Bebaskan Anwar

Kemuncak perhimpunan solidariti yang dianjurkan Pemuda PKR bagi menuntut pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung dalam rintik hujan dan penuh perbezaan.

Apa tidaknya, jika dibandingkan dengan situasi pada tahun 1998, himpunan kali ini boleh disamakan dengan peribahasa ‘jauh panggang dari api’ apabila hanya disertai kira-kira lima ribu penyokong.

[BERKAITAN: Pra Perhimpunan #kitalawan, Provokasi Mula Dilaung Penyokong Anwar]

IMG-20150307-WA0289 (1)

Bermula pada jam 3.30 petang di perkarangan pusat membeli belah Sogo, ratusan peserta yang hadir mula berasak sambil melaungkan ungkapan ‘demokrasi’ dan ‘bebaskan Anwar’.

Akibatnya, kumpulan penyanyi jalanan ‘Aku Suka Buskers’ terpaksa menghentikan persembahan dan memberi ruang kepada pihak penyokong meneruskan hasrat mereka.

Berjalan serentak, dua venue lain turut dipilih untuk tujuan berkumpul sebelum para penyokong berarak menuju Sogo, iaitu di Masjid Jamek dan Pasar Seni.

IMG-20150307-WA0229 (1)

Menjelang jam 4 petang, kesemua peserta berarak dan bersatu di hadapan Sogo, lantas menyaksikan kesesakkan teruk di kawasan tersebut.

Apatah lagi, ramai penyokong yang hadir ingkar apabila menjadikan jalan raya sebagai pentas perarakkan dan provokasi sambil mengangkat kain rentang tanpa menghiraukan hiruk pikuk kenderaan.

Satu persatu pemimpin mula beretorik menyampaikan ucapan, antaranya Datuk Ambiga Sreenevasan, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan anak sulung Anwar sendiri, Nurul Izzah.

[BERKAITAN: #kitalawan – Dari Sogo Berarak Ke KLCC]

Namun demikian, tak sampai setengah jam berlangsung, hujan mula turun di kawasan tersebut. Namun, ia tidak menginjakkan para peserta juga pemimpin apabila mereka sepakat untuk berarak menuju Menara Berkembar Petronas pula bagi meneruskan agenda.

Tetapi yang mengecewakan, ada segelintir peserta masih berdegil dengan membakar suar ketika perjalanan menuju ke KLCC dan di hadapan mercu tanda Malaysia itu.

https://www.youtube.com/watch?v=4nM1a6Q9djU

Tiba di KLCC kira-kira jam 5 petang, jalan raya di kawasan sekitar menjadi sesak apabila dimonopoli para peserta yang menghalang kelancaran lalu lintas selama 15 minit.


Upacara diteruskan di perkarangan kawasan tersebut apabila pemimpin silih berganti berucap dan ia perlahan-lahan berakhir pada jam 6 petang.

IMG-20150307-WA0385 (1)

Selain menjadikan perhimpunan tersebut sebagai medium menunjukkan bantahan terhadap pemenjaraan Anwar, ia juga digunakan sebagai platform menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Menurut salah seorang individu yang menjadi penyanyi jalanan (Busker) di kawasan Sogo, walaupun tidak menafikan tentang keuntungan yang lebih ketika perhimpunan berlangsung, namun jaminan keselamatan tetap terancam.

https://www.youtube.com/watch?v=QiKOdRY8BfE&feature=youtu.be

Bukan itu sahaja, beberapa kedai di sekitar turut terpaksa ditutup antaranya gedung pakaian Harison kerana takut terancam. Lantas, pemilik terpaksa menanggung kerugian kerana aktiviti perniagaan perlu dimatikan.

IMG-20150307-WA0227 (1)

Bukanlah mengklasifikasikan perhimpunan tersebut sebagai gagal mencapai matlamat, namun sambutannya tidaklah setanding perhimpunan Bersih dan Blackout 505 yang pernah dibuat beberapa tahun lalu.

Malah, ada suara ‘nakal’ yang berkata bahawa #KitaLawan hanyalah dijadikan medan oleh keluarga Anwar meraih simpati masyarakat dan para peserta dijadikan sandaran bagi melunaskan hasrat peribadi mereka membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Nah, walau apapun yang diandaikan, perhimpunan kali ini menimbulkan persoalan apabila banyak pemimpin utama Pakatan Rakyat yang selama ini mendukung Anwar tidak muncul, antaranya Lim Guan Eng, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Anwar kini sedang menjalani perintah penjara selama lima tahun setelah dijatuhi hukuman bersalah atas kesalahannya meliwat bekas pembantu peribadi, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Photo/Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori