Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Makrifat Cinta Punya Nilai...

BUKAN sekadar diilhamkan daripada kisah benar yang berlaku dalam kehidupan, Makrifat Cinta turut...

Annuar Musa Yakin UMNO...

KOTA KINABALU - Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa yakin UMNO...

33,652 Kes Direkodkan SPAD...

KUALA NERUS - Sebanyak 33,652 kes pelanggaran undang-undang direkodkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat...

Tedung Selar Empat Meter...

KUALA BERANG: Seorang warga emas tidak menyangka bayangan seolah-olah seekor ular tedung selar...

Rawatan Hemodialisis Mahu Diperluas Di Klinik Kesihatan

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan sedang dalam usaha memperluas perkhidmatan rawatan hemodialisis di klinik kesihatan bagi memudahkan pesakit terutama yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata setakat ini sebanyak lapan buah klinik kesihatan telah menyediakan kemudahan itu sejak tahun 2013 dan pihaknya menyasarkan lima lagi klinik kesihatan dapat menyediakan perkhidmatan sama untuk pesakit buah pinggang.

“Memang apa yang kita ada di sektor awam tidak dapat menampung jumlah pesakit buah pinggang yang semakin meningkat. Saya turut mengalu-alukan penglibatan pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak secara perkhidmatan komuniti dengan membantu dengan menderma mesin hemodialisis kepada klinik kesihatan.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk menambahkan kemudahan sedia ada. Kita berharap ada NGO dan yayasan tertentu sudi menyumbang dan membantu menyediakan perkhidmatan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2015, di sini Ahad.

Yang turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Zailan Adnan, Ketua Perkhidmatan Nefrologi Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Tan Chwee Choon, Presiden Yayasan Buah Pinggang Negara, Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher dan Presiden Malaysian Society of Nephrology, Datuk Dr Ong Loke Meng.

Dr Subramaniam berkata pihaknya akan menumpukan kepada klinik kesihatan yang berkeperluan tinggi dan mempunyai ruang secukupnya untuk menyediakan rawatan hemodialisis.


Beliau berkata pada tahun 2005, seramai 12,181 pesakit buah pinggang menerima rawatan dialisis dan jumlah itu meningkat kepada 28,822 pesakit pada 2013, peningkatan melebihi dua kali ganda dalam tempoh sembilan tahun.

Katanya penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi adalah punca utama yang menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Sehubungan itu, beliau menasihati masyarakat terutamanya pesakit yang berisiko tinggi menjalani saringan kesihatan secara berkala supaya penyakit berkenaan dapat dikesan sebelum berada pada peringkat lebih serius sehingga memerlukan rawatan dialisis.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) telah berjaya menimbulkan kesedaran masyarakat terutama di kawasan luar bandar berhubung penjagaan kesihatan membabitkan penyakit tidak berjangkit.

Beliau berkata setakat ini lebih 13,000 sukarelawan dilatih untuk menyertai program berkenaan dan pihaknya turut menyasarkan 1.5 juta individu berumur 18 tahun ke atas akan disaring menjelang akhir tahun 2016. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori