Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Sarawak Nafi Keluar...

KUCHING - Ketika ini, antara modus operandi pembangkang adalah cuba mewujudkan perasaan kurang...

Belanjawan 2023: Agensi Kerajaan...

KUALA LUMPUR: Semua agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN), Suruhanjaya Pencegahan...

Polis Buru Dua Suspek...

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan dua suspek berkaitan kejadian letupan disyaki bom...

Penganjur, Peserta Bersih 4...

JERANTUT - Penganjur dan peserta perhimpunan haram Bersih 4 "cetek dan miskin" semangat...

Remaja Boleh Pusingkan Kepala 180 Darjah

CHANDIGARH, India – Seorang pelajar sekolah diberi gelaran ‘budak getah’ kerana kemampuannya melentur badan pada tahap luar biasa seperti membengkokkan kakinya sehingga 180 darjah ke belakang.

Pelajar tersebut, Jaspreet Singh Kalra, 15, yang tinggal di negeri Punjab, India itu paling dikenali dengan aksi membengkokkan kaki ke belakang sehinggakan tapak kaki remaja berkenaan boleh diletakkan di atas bahunya.

Dia juga boleh memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang seperti watak dilakonkan Meryl Streep dalam filem komedi Death Becomes Her.

Gambar-gambar menakjubkan remaja ini menunjukkan dia mampu membengkokkan badan ke belakang, meletakkan kepala di pahanya di samping memusing badannya sehinggakan muka dan kakinya menghadap arah yang bertentangan.


Kalra mendedahkan dia tidak berasa sakit ketika melakukan aksi-aksi tersebut dan merancang untuk mengatasi idolanya, Daniel Browning Smith.

Smith merupakan ahli melentur badan dari Amerika Syarikat yang kini memegang rekod sebagai lelaki paling fleksibel di dunia. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori