Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Wan Azizah Tegaskan Tidak...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata...

Sarawak Benar Solat Berjemaah...

KUCHING : Solat Jumaat, fardu, sunat, khutbah dan wirid selepas solat dibenarkan tanpa...

`Drama Cinta’ Lelaki Sanggup...

"TOLONG jangan tinggalkan aku, aku merayu pada kau!" demikian rintihan dan rayuan seorang...

Wanita Mati Lemas Gara-Gara...

KELEKAAN menggunakan telefon bimbit akhirnya membawa padah kepada seorang wanita di China apabila...

Rohana Jalil Tegur Wak Doyok Isu Komen Lucah Di Insta Kilafairy

Mak mana tak sayang anak, kan? Walaupun sudah besar panjang, namun gusar seorang ibu tetap berterusan tambah-tambah apabila ia melibatkan anak perempuan.

Itulah yang berlaku kepada penyanyi 80-an, Rohana Jalil. Kerana komen berbaur lucah yang dilakukan selebriti Wak Doyok dalam ruang komen Instagram anaknya, Kilafairy, si mak turut terkena tempiasnya.

[TERDAHULU: Wak Doyok Beri Komen Lucah Di Instagram Kilafairy?]

Wak Doyok

Memetik kenyataan pelantun lagu Rayuanku itu di portal MStar, dia kesal dengan tindakan Wak Doyok kerana ia telah disalah tafsir masyarakat zaman kini, apatah lagi dibuat secara terbuka di media sosial.

“Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

“Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini.”

Selain itu, Rohana turut berkata, suaminya sering menegur Kilafairy agar menjaga adab dalam berpakaian.

“Ayah dia dah selalu marah supaya jangan pakai seksi ketika keluar, dia tak mahu orang luar atau kawan-kawannya bertanya tentang soal pemakaian Kila. Namun, itulah, budak sekarang kalau tegur banyak kali nanti buat muka dan merajuk pula.”

Amboi, rupanya Kilafairy ni kuat merajuk orangnya…


[BERKAITAN: Isu Komen Lucah, Wok Doyok Hanya Bergurau, Usik Kilafairy]

Kes ini mula menjadi panas apabila Wak Doyok meninggalkan komen “#merecik” pada satu gambar yang memaparkan bahagian belakang Kilafairy. Malah, dia turut menulis “benda sedap cepat je masuk line”. Kalau diikutkan, memang melampau tu!

https://instagram.com/p/0AZbP1Gks8/?taken-by=kilafairyofficial

https://instagram.com/p/zG8o5Cmkqx/?taken-by=kilafairyofficial

Tapi bila difikirkan, Kilafairy juga tidak patut memuatnaik foto yang mengundang kata-kata sedemikian terutamanya di laman sosial rasmi.

Dah kalau pakaian yang dipakainya pun ketat malah kelihatan seperti sengaja mempamerkan lekuk asetnya itu, hmmm… susahlah nak salahkan pihak lelaki sahaja, kan?

– MYNEWSHUB.CC

 Persembahan Rohana Jalil Dengan Seleksi Lagu Popularnya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori