Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Helikopter Untuk Operasi Bencana...

LANGKAWI - Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan dilengkapi dengan sebuah helikopter...

Dana Rakyat Malaysia Untuk...

DANA bernilai jutaan ringgit yang disumbangkan rakyat Malaysia selama ini untuk Masjid al-Aqsa...

Raikan Kepelbagaian, Jangan Berfikiran...

KUALA LUMPUR: UMNO membidas beberapa pihak yang didakwa membelakangi prinsip penubuhan negara dengan...

Culik Albertine Leo: Empat...

JOHOR BAHRU: Empat suspek pertama kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine...

Rooney Ledak 2 Gol Bantu Man United Benam Sunderland

LONDON – Wayne Rooney menamatkan kemarau jaringan daripada lapan perlawanan apabila menjaringkan dua gol membantu Manchester United memintas semula Arsenal ke tangga ketiga selepas kemenangan 2-0 ke atas Sunderland, awal pagi tadi.

United yang menerima ejekan pada babak pertama di Old Trafford kembali lebih berselera selepas rehat apabila Rooney menjaringkan gol pertama hasil sepakan penalti pada minit ke-66 selepas Radamel Falcao dijatuhkan John O’Shea.

Rooney mengesahkan mata penuh milik tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-84 apabila tenang menanduk masuk depan gawang lawan.

Pencabar United untuk empat teratas, Southampton terus malang apabila kalah kepada West Brom 1-0 di gelanggang lawan hasil jaringan tunggal Saido Berahino.


Newcastle United menambahkan lagi derita Aston Villa dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Papiss Cisse di St James Park. Villa belum lagi menang selepas 12 perlawanan setakat ini.

Swansea City melonjak ke tangga kelapan selepas menang tipis 1-0 ke atas Burnley manakala Stoke City mengatasi Hull City 1-0 hasil jaringan Peter Crouch. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori