Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 2 Suspek...

KUCHING - Selepas 27 jam melakukan rompakan bersenjata di sebuah pasar mini di...

China Bina Hospital Baharu...

BEIJING - China giat mendirikan sebuah hospital baharu dalam tempoh 10 hari untuk...

Polis Perlu Siasat Dahulu...

KUALA LUMPUR – Polis perlu menyiasat akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani Azilah Hadri...

Drogba Sah Gantung But

LONDON - Legenda Chelsea, Didier Drogba mengesahkan persaraan daripada dunia bola sepak sekali...

Rosberg Sokong Sepang Terus Anjur Formula 1

KUALA LUMPUR – Pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One (F1), Nico Rosberg telah menyatakan sokongan beliau kepada Malaysia untuk terus menganjurkan perlumbaan F1 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) musim depan.

Pada masa ini, SIC terlibat dalam perbincangan dengan Formula One Management (FIM) bagi lanjutan kontrak F1 di Malaysia dan keputusannya dijangka diketahui menjelang 29 Mac ini.

“Sepang ialah tempat yang cukup istimewa bagi pasukan Petronas, sudah tentu perlumbaan diadakan di sini dan ia juga (venue) yang penting bagi saya kerana saya telah beberapa kali menaiki podium di sini. Saya berharap kita dapat kembali untuk beraksi selama beberapa tahun lagi,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri program promosi di sini hari ini.

Pelumba kelahiran Jerman itu menyifatkan Sepang sebagai ‘menakjubkan’ dengan dibanjiri banyak penonton setiap kali F1 berlangsung.

Rosberg melahirkan keyakinan bahawa beliau dan rakan sepasukan Lewis Hamilton akan kekal sebagai pendahulu di Litar Sepang semasa Grand Prix F1 Malaysia hujung minggu depan.


Hamilton merangkul kejuaraan Grand Prix Australia 2015 dengan Rosberg menduduki tangga kedua sementara pelumba mewakili Scuderia Ferrari, Sebastian Vettel menduduki tempat ketiga.

Mengenai ramalannya pada hari perlumbaan hujung minggu depan, Rosberg berkata beliau berharap untuk beraksi di litar basah kerana cuaca hujan akan menjadikan acara itu lebih menarik.

“Kami sentiasa berharap hujan membantu mengatasi kesulitan. Tahun ini merupakan permulaan yang baik bagi pasukan kami di Melbourne (Australia). Kami mempunyai jentera terbaik, pasukan terbaik dan saya yakin kami sekali lagi akan menguasai litar,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori