KEDIAMAN pembantu juruterbang pesawat Germanwings 4U 9525, Andreas Lubitz telah digeledah pihak polis selepas dia disyaki menjadi dalang kepada nahas udara yang membunuh 150 penumpang termasuk enam anak kapal, Selasa lalu.
Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum menjelaskan butir-butir penemuan sebarang bahan bukti termasuk nota bunuh diri yang lazimnya ditinggalkan seseorang individu jika dia memang berniat sedemikian pada mulanya.
Pembantu juruterbang berusia 28 tahun itu dikatakan mengalami masalah dalam perhubungan cinta yang mungkin mendorongnya bertindak menjunamkan pesawat itu.
Hasil pemeriksaan terhadap kotak hitam, Lubitz dikatakan sengaja menjunamkan pesawat tersebut selepas juruterbang tidak boleh mengakses masuk ke ruangan kokpit.
Sumber polis dari Dusseldorf berkata, “Kami mahu mencari sekiranya menjumpai apa-apa bukti yang menunjukkan Lubitz memang sengaja bertindak mahu membunuh diri dalam nahas tersebut”.
Pesawat Airbus milik Germanwings itu terhempas di pengunungan Alps, mengorbankan 150 orang termasuk 16 kanak-kanak sekolah yang pulang daripada program lawatan pertukaran pelajar di Sepanyol.
Penerbangan itu dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol menuju ke Dusseldort, Jerman. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=MM1thbvBbKk
https://www.youtube.com/watch?v=Tprg7bcv0x8