Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hong Kong Mulakan Operasi...

HONG KONG: Polis menutup ruang udara dan perairan di tenggara bandar raya itu...

Agong Rasmi Shopping Mall...

ALOR SETAR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan...

Tanah Runtuh: Polis Rakam...

HULU SELANGOR: Polis merakam keterangan pengusaha dan dua pekerja tapak perkhemahan Father’s Organic...

Mariah Carey Dikecam Tawaran...

PENYANYI Amerika, Mariah Carey ditawar peluang untuk membuat persembahan di Arab Saudi bulan...

Rumah Kapten Skuad Tok Gajah Ditembak

KUANTAN – Rumah kapten skuad Tok Gajah, Mohd Razman Roslan, 31, ditembak menyebabkan cermin belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya pecah dalam kejadian di Lorong Kubang Buaya 35, di sini tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu apabila Razman bersama keluarganya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di luar kediamannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiada kecederaan dilaporkan namun hanya cermin belakang MPV Toyota Vellfire milik pemain berkenaan pecah.

“Kita menerima laporan tengah malam tadi sebelum mengerahkan anggota untuk melakukan siasatan terperinci berkaitan kejadian itu.


“Setakat ini menurut saksi kemungkinan suspek melepas tembakan lebih daripada satu kali dan kita masih menyiasat motif kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dibimbangi akan mengganggu siasatan polis. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori