LAHORE – Seorang penunggang motosikal ditangkap pihak berkuasa negara itu di jalan raya utama di Lahore, kelmarin kerana menunggang motosikal dalam keadaan bogel.
Polis yang menerima laporan mengenai perbuatan Sheroz Khan, 20, melancarkan operasi untuk menangkapnya.
Seperti dalam filem aksi, mereka mengepung jalan raya itu, termasuk semua simpang bagi memastikan trafik tidak sesak ketika itu.
Mereka kemudian bertindak menahan Sheroz ketika dia memasuki kawasan berkenaan. Dia diarah berhenti sebelum ditangkap.
“Kami menangkap Sheroz kerana memandu laju, melanggar peraturan lalu lintas dan mendedahkan kemaluannya di khalayak ramai. Dia masih dalam tahanan,†kata jurucakap polis tempatan Zulfiqar Butt.
Sementara itu, sumber lain berkata, Sheroz yang digelar ‘Rocket’ sebelum ini bertaruh dengan beberapa rakannya yang mencabar dia menunggang motosikal dalam keadaan bogel.
– Agensi