Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cecah Usia 40 Tahun,...

AKTRES dan bekas naib juara Miss Malaysia World, Elaine Daly menzahirkan rasa syukur...

Budak 10 Tahun Berjaya...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mendapat perhatian dunia apabila dikatakan mempunyai kepintaran...

Setiausaha PKR Miri Maut...

SETIAUSAHA PKR Miri, Bill Kayong ditemui mati ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala...

Lelaki Dipenjara Kerana Jadikan...

LONDON - Seorang lelaki menjadi orang pertama yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun...

Salih Yaacob Akui Bukan Mudah Beristeri Empat

KALAU tanya kat semua lelaki mata keranjang pasti mereka mahu berpoligami dan mempunyai ramai isteri, namun sebenarnya ia bukanlah perkara mudah tau.

Hanya mereka yang benar-benar merasainya sahaja tahu kesukaran serta kepayahan dalam mengendalikan lebih daripada seorang isteri.

Inikan pula… nak handle empat bini sekaligus macam selebriti popular Salih Yaacob ni ha!

salih2
Salih dengan keempat-empat isterinya.

Mengakui tak mudah beristeri empat, Salih, 53, berkata poligami memerlukan kesungguhan dan keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukan.

“Bukan untuk suka-suka. Apabila kita memilih jalan ini (poligami), kita perlu ikhlas dan tahu tanggungjawab kita,” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Penyampai Sinar FM itu memiliki empat isteri iaitu Norlizat Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, Norfara Wahida Sulaiman, 36, dan Samihah Sheikh Amy (Emi), 29, serta 11 cahaya mata daripada tiga perkahwinannya itu.

Bapa saudara kepada pelawak Johan ini juga bakal menimang cahaya mata ke-12 hasil perkahwinannya dengan isteri keempat tak lama lagi.


Menurut Salih antara tip poligami yang sentiasa jadi pegangannya adalah mengetahui dan memahami tanggungjawabnya sebagai suami dan pemimpin keluarga besar.

salih1
Keluarga besar Salih Yaacob.

“Tidak dinafikan akan ada hati yang terasa. Tetapi kita sebagai nakhoda perlu tahu membaca semua kemungkinan dan mencari penyelesaian terbaik.

“Bukan senang atau untuk suka-suka, kalau niat salah baik lupakan saja,” katanya lagi.

Selain Salih, pelakon Ashraf Muslim dan pengarah Bade Hj Azmi juga merupakan antara selebriti Malaysia yang mengamalkan poligami.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori