MUNGKIN ramai beranggapan golongan bikers merupakan ‘abang besar’ di jalan raya kerana ada antara mereka gemar  mempamerkan aksi tunggangan yang ganas dan brutal.
Sebahagiannya, dilihat suka benar memintas apa-apa kenderaan yang berada di hadapan mereka.
Namun, semangat yangi ditunjukkan oleh brader ni membuatkan kami salute.
Gambar whatsapp yang dikirimkan kepada kami ini menunjukkan seorang biker membantu penunggang motosikal lain dengan menunda kenderaan tersebut.
Dikatakan, biker tersebut sedang konvoi bersama kumpulannya.
Namun apabila terlihat seorang penunggang motosikal lain tersangkut di bahu jalan, dia segera berhenti menghulurkan bantuan.
Walaupun tidak mengenali satu sama lain, sifat saling bantu-membantu antara penunggang motosikal ini dengan penunggang lain patut dipuji.
Sifat rendah diri seperti inilah yang sepatutnya ada pada setiap pengguna jalan raya.
Nak harapkan driver kereta mewah dan besar-besar tu berhenti tolong?
Jangan haraplah, diorang peduli apa dengan orang yang bawa motor ini.. ops!
– MYNEWSHUB.CC