Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

WARISAN Putuskan Sertai PRN...

PONTIAN : Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan memuktamadkan isu penyertaan parti itu pada...

Kerajaan Bentang Laporan RCI...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan laporan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap skandal...

Hanya 202 Mangsa Banjir...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir di Kedah menurun kepada...

Tak Tahan Dicaci, Coco...

TAK habis-habis lagi tentang Marshaira Ismail atau lebih dikenali dengan nama glamornya, King...

Saman Adnan Yaakob Terhadap Utusan Malaysia Didengar 3 Julai

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 Julai ini untuk mendengar kes saman fitnah difailkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung artikel ‘Hebat Sangatkah Adnan’, yang disiarkan pada November lepas.

Hakim Datuk Yeoh Wee Siam menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam Americk Sidhu mewakili Adnan dan peguam M Reza Hassan serta Ellia Zuraini Mat Zin mewakili Utusan.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini.

Pada 5 Dis tahun lepas, Adnan memfailkan saman terhadap Utusan berhubung artikel itu, yang diterbitkan defendan pada 9 Nov dalam akhbar Mingguan Malaysia, di bawah ruangan ‘Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat’.


Beliau mendakwa artikel itu membawa maksud seolah-olah beliau tidak sesuai memegang jawatan menteri besar Pahang, gagal dalam menjalankan tugas, telah terlalu lama dalam jawatannya dan seorang yang berpura-pura.

Plaintif seterusnya mendakwa artikel itu menjejaskan reputasinya dan membawa kebencian di kalangan orang awam.

Menurut Adnan, pihaknya telah membuat tuntutan supaya defendan menyiarkan permohonan maaf di muka depan akhbar itu selain menuntut pampasan yang sesuai, namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori