Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Projek Pembangunan Madinah RM55...

MADINAH - Projek pembangunan bernilai 50 bilion riyal Saudi (RM54.8 bilion) di kota Madinah, yang...

Saran Perkenal Subjek Antirasuah...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menyarankan agar...

Penjenamaan Bas Muafakat Johor...

MUAR - Perkhidmatan Bas Harapan Johor yang disediakan secara percuma kepada rakyat negara...

Bakar Diri Kerana Nak...

SEKUMPULAN remaja di Rusia sanggup membakar diri sebelum terjun ke dalam sungai gara-gara...

“Saya Akan Buat Pengisytiharan Harta” – Rafizi

KUALA LUMPUR – “Saya akan membuat satu akuan bersumpah bagi mengisytiharkan harta saya,” kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Dakwanya, beliau berbuat demikian bagi menyahut seruan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee supaya pimpinan pakatan rakyat membuat pengisytiharan harta.

“Saya akan membuat satu akuan bersumpah yang akan menyenaraikan kedudukan harta dan hutang terkini saya, latar belakang pendapatan dan kerjaya sebelum menjadi ahli politik, pendapatan bulanan sebagai ahli politik dan perbelanjaan bulanan saya sebagai ahli politik,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa, beliau bagaimanapun memerlukan masa untuk mengumpulkan semua maklumat dan dokumen berhubung perkara itu sebelum mengedarkannya di lobi Parlimen pada 10 Mac 2015.


“Secara peribadi, saya sentiasa percaya bahawa ahli-ahli politik perlu hidup secara sederhana agar mereka dapat merasai susah payah rakyat. Hanya dengan cara itu ahli-ahli politik dapat menjadi suara rakyat yang berkesan dan tidak terpisah dengan permasalahan rakyat,” dakwanya.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori