Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Keputusan Rayuan Rosmah Cabar...

PUTRAJAYA: Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor agar dibenar melalui tindakan sivil mencabar pelantikan...

Glik Dapat Lampu Hijau...

PARIS - Pertahanan Poland, Kamil Glik mendapat pelepasan kelabnya, Monaco untuk beraksi di...

Peminat Kritik Sakinah Pakai...

KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah ibarat air dicincang takkan putus. Kalau namanya timbul sahaja,...

Khairul Azwan Ucap Tahniah,...

KUALA LUMPUR – Calon Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun mengucapkan tahniah...

“Saya Dan Ayahanda Hamba Kepada Rakyat Johor” – TMJ

KUALA LUMPUR – “Saya dan paduka ayahanda saya adalah hamba kepada rakyat Johor”.

Demikian titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas selesai Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Kelima Johor Moden tengah hari ini.

Titah Tunku Ismail, kedua-dua mereka sanggup berkorban nyawa demi kedaulatan rakyat dan negeri Johor.

“Ingatlah bahawa DYMM Tuanku (Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar) dan saya telah berikrar untuk sentiasa berdiri teguh bersama rakyat demi kedaulatan negeri Johor dalam apa jua situasi.

“Saya dan paduka ayahanda saya adalah hamba kepada rakyat Johor dan sekiranya perlu berkorban nyawa demi kedaulatan rakyat dan negeri Johor, saya sanggupi jua,” titah baginda melalui Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Johor Southern Tigers hari ini.


Tunku Ismail yang merupakan Presiden PBNJ dalam pada itu bertitah supaya rakyat Johor tidak lupa asal usul dan sejarah rakyat serta negeri itu untuk menjadi panduan hidup.

“Hari ini merupakan hari yang bersejarah dan membanggakan untuk seluruh rakyat Johor. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan sekalian rakyat bahawa muafakat itu berkat,” titah baginda.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori