Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aktor Legenda Bollywood Om...

AKTOR tersohor India Om Puri telah meninggal dunia hari ini, Jumaat, akibat serangan...

30 Pemandu Teksi Cedera...

PUTRAJAYA - Tiga puluh pemandu teksi dilaporkan cedera ketika beratur untuk menerima Kad...

Lelaki Obes Pijak Kanak-Kanak...

HANYA dengan sebelah kaki, seorang lelaki seberat 100kg telah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak...

ADUN PKR Inanam Umum...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam Dr Roland Chia dari Parti Keadilan Rakyat...

“Saya Tidak Akan Lindungi Apa-Apa Kesalahan,” Kata PM

ALOR SETAR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan melindungi apa-apa kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut undang-undang.

Bercakap ketika merasmikan Konvensyen UMNO Kedah selama dua hari bermula Sabtu, Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata kedaulatan undang-undang akan dipertahankan.

“Saya sebagai perdana menteri dan presiden parti akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk parti dan negara. Jikalau ada permasalahan, sama-sama kita tangani. Jikalau ada apa-apa isu, sama-sama kita tanganinya. Kalau perlu kita buat secara telus, kita buat cara telus.

“Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang. Kedaulatan undang-undang kita mesti dipertahankan,” kata beliau pada majlis perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Konvensyen UMNO Kedah itu dihadiri perwakilan daripada kesemua 15 UMNO Bahagian di negeri itu.

Mengenai cadangan kerajaan negeri Kedah berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Najib berkata kerajaan pusat perlu menunggu terlebih dahulu kajian dan laporan mengenainya yang sedang disiapkan ketika ini.


“Kita tunggu report (laporan) dulu, belum siap lagi reportnya. Ia akan dibentangkan kepada menteri dan kabinet, mudah-mudahan hasrat dan niat itu, Tuhan akan makbulkannya,” katanya.

Kerajaan negeri bercadang membina KXP bernilai RM1.6 bilion bagi merangsang ekonomi di utara tanah air.

Sementara itu perdana menteri turut memberi reaksi terhadap permintaan kerajaan negeri supaya kerajaan pusat menukarkan pinjaman yang dibuat Kedah sebelum ini kepada geran.

“Saya kena tengok secara keseluruhannya, kalau hendak hapuskan loan (pinjaman) saya kena tengok keseluruhannya. Mana yang mampu, insya-Allah saya akan terus membantu Kedah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori