Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jeremy Koo Kesal Gagal...

INCHEON - Pelayar berpengalaman negara, Jeremy Koo melahirkan rasa kecewa setelah gagal menyumbangkan...

TPM Beri Bantuan Kepada...

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Tragedi MH370, MH17 Tarik...

BAIK para penggiat seni tempatan dan luar negara mahupun teater, masing-masing menunjukkan minat...

Setiausaha Politik Menteri Terjebak...

KUALA LUMPUR - Seorang setiausaha politik menteri didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang...

Selangor Penanda Aras Hubungan Pakatan Rakyat – Iskandar

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat Selangor memainkan peranan besar dalam kemelut dalaman yang sedang melanda gabungan parti pembangkang tersebut.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A.Samad berkata, Pakatan Rakyat Selangor yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang diperhatikan ramai pihak.

“Sejak krisis Menteri Besar tahun lepas, politik Selangor sentiasa diperhatikan oleh seluruh negara.

“PAS Selangor juga sentiasa diperhatikan terutamanya di dalam hal-hal yang melibatkan kerjasama Pakatan Rakyat. Oleh itu, sama ada sedar atau tidak kita juga memberi isyarat kepada seluruh negara tentang arah hubungan ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Justeru, Iskandar berkata, beliau yakin jika Pakatan Rakyat Selangor bertelagah, kesannya amat besar kepada gabungan itu di seluruh negara.

“Inilah realitinya, kita di Selangor berada di bawah mikroskop. Maka ini adalah satu tanggungjawab besar,” katanya. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=6IIwN8zAqwU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori