Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jamali Shadat, Pelawak Malar...

KUALA LUMPUR - Keletah 'Atan', budak lelaki yang sering membuli datuknya, masih mencuit...

Jangkitan Covid-19 Di Korea...

PYONGYANG – Korea Utara kelmarin melaporkan 262, 270 lagi kes disyaki Covid-19 ketika...

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan tiga anggota Parti Gerakan mencabar...

Isu Tapir: APM Cuba...

INSIDEN seekor tapir yang sesat di Taman Desa Saujana, Batu 14 Hulu Langat,...

Semua Jenis Buku Kecuali Buku Nota Kosong Tak Dikenakan GST

JOHOR BHARU – Semua jenis buku, kecuali buku nota kosong, tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan mulai Rabu depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata keputusan itu diambil hasil perbincangan dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan orang ramai.

“Semua buku seperti novel, buku sejarah, buku agama, buku memasak dan sebagainya dikenakan kadar sifar GST.

“Cuma buku catatan atau buku yang tidak mempunyai sebarang tulisan, akan dikenakan CBP kerana dianggap sebagai alat tulis,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perlumbaan Power Boat F3000, di Danga Bay di sini sempena sambutan Kemahkotaan Sultan Johor.

Beliau berkata GST juga tidak dikenakan ke atas akhbar digital, manakala buku digital dan semua jenis majalah, dikenakan cukai berkenaan.


Chua berkata berdasarkan keputusan ini, industri penerbitan yang kini menghadapi pelbagai jenis cabaran, akan terus stabil dan berkembang maju.

“Sekarang, industri ini menghadapi masalah ekoran kurangnya minat membaca dalam kalangan rakyat selain cabaran buku digital,” katanya.

Sementara itu, 19 peserta dari tujuh negara – Malaysia, Brazil, New Zealand, Thailand, Papua New Guinea, Brunei dan Singapura menyertai perlumbaan Power Boat F3000 yang diadakan selama empat hari hingga Ahad ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori