Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sistem VAR: Adakah Pengadil...

JOHOR BAHRU - Pelaksanan sistem bantuan pengadil video (VAR) yang dijangka mula digunakan...

Pemancing Hilang, Bot Karam...

LABUAN - Seorang pemancing dilapor hilang dipercayai akibat botnya karam di perairan Semarang...

ADUN Kukusan Keluar Warisan

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) kembali bergolak selepas seorang lagi Ahli Dewan Undangan...

Kes Anwar Saman Muhyiddin...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi akan mula mendengar perbicaraan kes saman fitnah dikemukakan...

Bintang Air Mata.. Seniwati Neng Yatimah Semakin Uzur

KUALA LUMPUR: Seniwati Neng Yatimah kini dikhabarkan semakin uzur sejak kematian menantunya, seniman Mustapha Maarof akhir tahun lepas.

Bintang air mata berusia 91 tahun ini turut mengalami masalah jantung dan kanser kolon.

Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad kini dijaga cucu saudaranya, Isa Sawi di Singapura.

Menurut cucunya, Azlynna Mustapha, setelah disahkan menghidap kanser, neneknya telah beberapa kali menerima rawatan di hospital namun selepas itu beliau enggan meneruskan rawatan susulan.

“Nenek kata dia tak nak (rasa) sakit setelah diberi rawatan susulan. Dia ada beritahu mahu menghembuskan nafas terakhirnya seperti Allahyarham suaminya Jasni Ahmad yang dikebumikan di Singapura,” katanya kepada BERNAMA.

Menurut Azlynna, walaupun keluarganya telah beberapa kali meminta Mak Neng (panggilan dalam keluarganya) menetap di Malaysia, namun beliau menolak atas alasan ingin menghabiskan sisa hidupnya di Singapura.

“Mak Neng kini sudah berusia 91 tahun dan semakin uzur, keluarganya cuma mahukan dia menikmati hidupnya dengan baik,” katanya.


Azlynna berkata, ketika bapanya (Datuk Mustapha Maarof) meninggal dunia, Mak Neng amat tertekan sehingga menjejaskan kesihatannya.

“Setelah kematian anaknya Allahyarham Roseyatimah, hubungan Mak Neng dengan menantunya (Mustapha Maarof) amat rapat. Setiap kali bulan puasa, arwah akan mengirimkan duit ke Singapura untuk ibu mentuanya itu,” katanya.

Roseyatimah meninggal pada tahun 1987.

Neng Yatimah adalah pelakon hebat filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal menerusi filem seperti Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing, Racun Dunia dan Mama oh Mama.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori