Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Tiada Pelan...

VOLGOGRAD - Jurulatih Arab Saudi, Juan Antonio Pizzi menegaskan beliau tidak mempunyai perancangan...

Ibu Dera Daniel Sampai...

SINGAPURA - Pasangan kekasih warga tempatan yang menyeksa seorang budak lelaki berusia dua...

Tengku Adnan Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari...

Harimau Malaya Terus Gah...

TERUS JATUH... Prestasi skuad Harimau Malaysia kekal merudum bahkan terburuk dalam sejarah sejak...

Anuar Intim Dengan Peminat Di Showcase Eksklusif

SATU jam showcase berlangusung, dirasakan macam satu minit je!

Tak puas rasanya melihat aksi penyanyi lelaki paling eksklusif di Malaysia, Anuar Zain tatkala menghiburkan para peminat setianya di Showcase An Evening With Anuar Zain yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, baru-baru ini.

Ternyata penyanyi berusia 45 tahun ini masih belum hilang taringnya dan kelihatan begitu bijak mengawal penonton yang ‘histeria’ sebaik sahaja dia muncul.

Memulakan persembahan tepat jam 9.05 malam, Anuar mendendangkan lagu pop popularnya, Bila Resah.

6

3

Memang bergema dewan apabila peminat pun cukup sporting untuk sing along bersama Anuar yang tampil dengan pemuzik iringan.

Selepas lagu pembukaan, Anuar berhenti sejenak bertanyakan khabar peminat yang tidak putus-putus memberikan tepukan gemuruh.

Tidak dinafikan memang Anuar seorang yang pandai berinteraksi dengan peminat di mana setiap persembahannya diselang-seli dengan pemberian teddy bear comel yang dilontar ke arah penonton dari setiap arah dewan.

10

Sekali sekala, Anuar turun dari pentas untuk memberikan lebih ‘keintiman’ kepada penonton agar sempat bergambar selfie bersamanya sepanjang showcase eksklusif tersebut.

8

11


9

Antara seleksi lagu yang dipersembahkan dalam tempoh satu jam itu ialah Lelaki Ini, Keabadian Cinta, Ajari Aku, Sesucinya Cintamu dan medley lagu Inggeris, Hello Is It Me You’re Looking For dan Someone Like You dendangan Adele.

Meninggalkan pentas tepat jam 10.05 malam, kemunculan Anuar ditagih semula oleh peminat yang tidak mahu berganjak dari tempat duduk masing-masing.

Mengalah dengan permintaan itu, Anuar kembali ke pentas menyanyikan lagu bonus terakhirnya, Sedetik Lebih khas buat mereka yang sentiasa menyokong kerjaya seninya sejak lebih 30 tahun lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=nTh0cU2kvWY&feature=youtu.be

Walaupun banyak kemunculan penyanyi baharu sejak kebelakangan ini, Anuar masih lagi relevan dan power dari dahulu hingga kini dan persembahan pada malam showcase baru-baru ini membuktikannya.

– MYNEWSHUB.CC

4

5

https://www.youtube.com/watch?v=56uVtj68FwQ&feature=youtu.be

Oleh:  JULIANA JOHAR
Foto/Video:  RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori