Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kejam! Rebus Bayi, Beri...

Tidak dapat dibayangkan bagaimana pada zaman serba moden ini, masih ada lagi yang...

Dinding Kaca Pejabat PAS...

Dinding pejabat PAS di Kuala Lumpur pecah berderai awal pagi ini, kebetulan tidak...

3 Sekeluarga Didakwa Bekal...

JOHOR BAHRU - Tiga sekeluarga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Komponen BN Setuju Status...

KUALA LUMPUR - Parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC telah...

Sidang Parlimen: Khalid Ibrahim Tak Kisah Duduk Belakang

KUALA LUMPUR – “Saya di tempatkan di belakang sekali setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas”.

Itu kenyataan ringkas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas menghadiri pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 hari ini.

Abdul Khalid bagaimanapun menjelaskan perkara itu tidak menjadi masalah kepada beliau kerana masih layak menghadiri sidang Parlimen selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

“Tadi saya hadir ke Majlis Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-13. Saya di tempatkan di belakang sekali setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas.

“Alhamdulillah saya masih layak dan boleh hadir selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Semoga Allah S.W.T terus memberi kekuatan dan perlindungan,” katanya melalui entri Facebook beliau hari ini.


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini merasmikan pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 dalam upacara penuh beristiadat.

Seri Paduka yang tiba tepat pukul 10 pagi bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori