Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rafizi Namakan Calon MPP...

KUALA LUMPUR : Menjelang Kongres Nasional PKR hujung minggu ini, Timbalan Presiden PKR,...

2 Otai Rock Masih...

SUATU ketika dahulu nama Ali XPDC atau Ali Terra Rosa dan Mel Wings...

Staf Hospital P.Pinang Silap...

KUALA LUMPUR - Kakitangan Hospital Pulau Pinang yang tersilap menyerahkan mayat kepada waris...

Negara Tidak Muflis, Mampu...

KUALA LUMPUR - Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan baharu tidak...

Singapura Sah Tuan Rumah Piala Asia Barclays

SINGAPURA – Singapura akhirnya dilaporkan sah menjadi tuan rumah kepada Piala Asia Barclays 2015 buat julung-julung kalinya selepas mengharungi beberapa minggu yang penuh dengan pelbagai spekulasi.

Menjelang Julai kelak bertempat di Stadium Nasional di Kallang, tiga pasukan Liga Perdana England iaitu Arsenal, Everton dan Stoke City akan beraksi dalam kejohanan tersebut sebagai persiapan bagi musim baharu.

Tiga kelab terkenal bersama dengan pasukan pilihan kebangsaan Singapura akan berentap dalam kejohanan selama dua hari pada 15 dan 18 Julai, yang merangkumi perlawanan akhir serta perlawanan untuk tempat ketiga.

Bagi Arsenal dan Stoke City, ini merupakan penampilan sulung kedua-dua pasukan tersebut dalam Piala Asia sementara Everton pernah bertanding dalam kejohanan yang sama pada edisi 2005 di Bangkok, Thailand.

Stesen penyiaran tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan, ini juga merupakan pengalaman yang pertama bagi para pemain kesebelasan utama kelab Everton bertandang ke Singapura.

Pemilihan republik pulau kecil itu juga secara kebetulan dibuat sebagai penghormatan khas oleh pihak penganjur sempena sambutan jubli emas kemerdekaan ke-50 tahun Singapura pada 9 Ogos depan.


Gambar hiasan

Piala Asia Barclays yang mula diperkenalkan pada 2003 lalu, asal namanya dikenali sebagai Piala Asia Liga Premier FA England dengan Kuala Lumpur, Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan edisi pertama.

Ia satu-satunya kejuaraan liga Inggeris yang diizinkan oleh Persatuan Bola Sepak England berlangsung di luar Britain dan lazimnya lebih bersifat perlawanan persahabatan ‘pemanas badan’ menjelang musim baharu liga perdana.

Hos yang berikutnya ialah Bangkok, Thailand pada 2005 selain Beijing, China pada 2009, manakala Hong Kong pernah berpeluang menjadi tuan rumah paling banyak iaitu pada 2007, 2011 dan 2013.

Kelab Chelsea melakar sejarah dua kali memenangi piala itu pada 2003 dan 2011, manakala selebihnya Bolton Wanderes (2005), Portsmouth (2007), Totenham Hotspur (2009) dan Manchester City (2013).

Ia diadakan selang dua tahun sekali pada tahun angka ganjil bagi mengelak bertembung dengan Piala Dunia FIFA dan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA yang diadakan pada tahun angka genap. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori