ANGGOTA Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh model warga Mongolia, Altantuya Sharibuu, akhirnya dapat bertemu dengan ibunya, Piah Samad, 74, yang selamat tiba di pusat tahanan imigresen negara itu, semalam.
Menerusi kunjungan itu, Sirul berpeluang menjamah makanan kegemarannya, sambal bilis yang dimasak sendiri oleh ibunya.
Namun, rendang limpa yang turut dibawa oleh Piah, tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara Kangaroo itu.
“Sirul memang suka rendang limpa tapi tak mengapa tak dapat bawa pun, kita akan masak yang lain. “Saya gembira dapat bagi sambal bilis pada Sirul,” katanya.
Sirul Azhar meninggalkan Malaysia ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mendapati dirinya dan seorang lagi tertuduh Azilah Hadri bersalah melakukan jenayah bunuh, sembilan tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC