Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dr Adham, Mohd Zuki...

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Setiausaha Negara,...

Ibu Tunggal Tunai Impian...

NIBONG TEBAL - Walaupun permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM)...

PAS Cuba Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - PAS tidak menyokong Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri...

Inkues Adib: Polis, FRU...

SHAH ALAM - Kegagalan polis dan pasukan simpanan persekutuan (FRU) mengawal serta menyuraikan...

Najib Saman Tony Pua Dan Seorang Lagi Berhubung Isu 1MDB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas kapasiti peribadinya, telah memfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dan seorang lagi berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib, 61, memfailkan saman itu semalam di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dan menamakan Pua, 42, dan pemilik portal online Mediarakyat.net, Chan Chee Kong, 51, sebagai defendan pertama dan kedua.

Media memperoleh writ saman itu hari ini. Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menyerahkan writ saman itu kepada peguam kedua-dua defendan hari ini.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa pada 13 Nov tahun lepas, Pua sebagai seorang penceramah utama pada majlis makan malam Kutipan Dana DAP telah memberi ucapan berhubung isu 1MDB dan rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh defendan kedua sendiri dan/atau ejennya di laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat.

Perdana Menteri mendakwa rakaman itu kemudiannya juga telah dikongsi oleh defendan pertama dan/atau ejen-ejennya di laman facebooknya dan juga defendan kedua dan/atau ejen-ejennya di laman facebook Mediarakyat.

Beliau berkata sehingga 2 Mac lepas sebanyak 194,979 rakaman itu ditonton di laman YouTube Mediarakyat manakala 200,709 pengguna facebook mengikuti rakaman itu di laman facebook Pua dan 165,293 lagi pengguna fabeook Mediarakyat mengikuti rakaman itu.

Najib berkata berdasarkan fakta itu, sejumlah besar pengguna internet telah menonton rakaman itu dan mendengar perkataan-perkataan fitnah yang telah dinyatakan oleh Pua.

Katanya rakaman ucapan itu mengandungi perkataan-perkataan yang merujuk dan berkaitan dengannya yang memfitnahnya dan individu yang dikenali sebagai “Prime Minister” dalam perkataan-perkataan fitnah itu semestinya merujuk secara spesifik kepadanya (Najib).

Beliau mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu dalam erti kata biasa atau lazim antaranya membawa maksud plaintif telah merompak duit rakyat berkaitan urusniaga 1MDB dan oleh itu plaintif adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata perkataan-perkataan fitnah itu merupakan fitnah yang amat serius dan menyebabkannya (Najib) dibawa ke skandal awam, kebencian dan penghinaan oleh kawan-kawan, kenalan dan masyarakat awam di dalam negara dan di peringkat antarabangsa dan juga menyebabkan ketegangan hubungan antara rakyat dan pihak antarabangsa dengan plaintif.

Beliau berkata penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya yang akan berterusan selama bertahun-tahun lamanya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.

Najib mendakwa defendan pertama dan kedua tidak mengambil sebarang langkah untuk menghubunginya bagi mengesahkan kebenaran perkataan-perkatan fitnah itu sebelum menerbitkannya.

Plaintif berkata beliau melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan pada 21 Nov tahun lepas tetapi mereka masih meneruskan penerbitan perkataan-perkataan fitnah yang sama kepadanya.

Sehubungan itu Najib menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan kedua atau ejen-ejennya daripada menerbitkan lagi perkataan-perkataan fitnah itu terhadapnya.

Najib juga menuntut supaya Pua dan Chan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis yang diterbitkan di akhbar dan majalah yang akan dikenal pasti oleh plaintif dalam bentuk dan istilah yang akan ditetapkan oleh plaintif.

Beliau juga menuntut defendan pertama mengeluarkan rakaman ucapan daripada laman facebooknya dan defendan kedua dari YouTube mediarakyat, laman web Mediarakyat dan facebook Mediarakyat dengan serta merta daripada tarikh penghakiman. – BERNAMA 

Video Tidak Berkaitan Dengan Artikel

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori