APABILA produk jenama kecantikan dan kesihatan tempatan, Sophie Secret memilih Hafiz Suip sebagai dutanya, ramai yang tertanya-tanya tentang rasional keputusan tersebut.
Maklumlah semua tahu, kecantikan sinonim dikaitkan dengan wanita. Malah kebiasaannya, selebriti wanita yang jadi pilihan produk-produk di pasaran untuk dilantik sebagai jurucakap.
Tapi, lain pula yang diputuskan pengurusan Sophie Secret apabila Hafiz dipilih untuk mewakili dua produk keluarannya, iaitu Sophie Stem Cell dan Sophie Shape.
Menurut pemilik Sophie Secret, Sharifah Sophie, perlantikan Hafiz sebagai jurucakap merupakan inisiatif syarikatnya untuk lari daripada nilai komersil sebaliknya menitikberatkan keberkesanan produk itu sendiri.
“Hafiz Suip dilihat sebagai seorang selebriti generasi muda yang sedang meningkat naik, lantas memiliki jadual seni yang padat. Jadi pihak Sophie Secret berpendapat pemilihan Hafiz sebagai duta merupakan pilihan tepat.
“Ini kerana pengambilan produk Sophie Secret secaran konsisten dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan dan membantu membaik pulih sel-sel tubuh dari dalam.”
Malah, keputusan tersebut bukanlah dibuat secara semberono kerana dia turut menjadikan Hafiz sebagai testimoninya terlebih dulu sebelum mengangkat penyanyi itu untuk mewakili produknya.
Sempat berseloroh Puan Sophie berkata, dia ingin produknya lari daripada kelaziman produk sedia ada di pasaran iaitu diwakili oleh jurucakap wanita yang diketahui sememangnya cantik dan memiliki kulit mulus. Betul juga, kan?
Mendapatkan penjelasan empunya badan, Hafiz berkata produk yang mula dipasarkan pada 2012 itu mampu memberikan tenaga yang diperlukannya sepanjang hari.
“Saya diberikan produk ini oleh pengasasnya untuk dicuba. Alhamdulillah, produk tersebut memberikan kesan baik terhadap saya yang mana saya menjadi lebih cergas dan energetik,” kata Hafiz.
– MYNEWSHUB.CC
Temu Bual Eksklusif Pemilik Sophie Secret & Hafiz Suip Bersama Mynewshub
https://www.youtube.com/watch?v=iMrldiBPYCY
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Photo/Video: RIZA RAZAK