Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Piala Malaysia: Polis Tahan...

IPOH - Polis menahan tujuh lelaki berikutan insiden kekecohan selepas tamat separuh akhir...

Khalid Buat Kejutan Sedia...

GEMPAR... Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi tumpuan apabila muncul...

PBSNT Ingatkan Pemain Tak...

SETIU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak akan berkompromi dengan mana-mana...

Pekerti Sasar 45,000 Peserta...

SEREMBAN - Seramai 45,000 peserta disasarkan menyertai Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana...

SPRM Akan siasat 1MDB Jika Wujud Unsur Penyelewengan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sekiranya ada bukti wujud unsur penyelewengan dan salah laku terhadap syarikat dana pelaburan strategik itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya akan menunggu laporan lengkap berhubung perkara itu daripada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebelum mengambil tindakan susulan.

“Cuba lihat semula kenyataan kerajaan oleh perdana menteri. Pihak audit akan masuk (dan menyiasat), memeriksa, dan mereka akan mengemukakannya (laporan) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)(Parlimen).

“Jika ada kes (penyelewengan), maka mereka akan membawa perkara ini kepadabadan penguatkuasaan undang-undang (SPRM),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(Puspakom) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd Khamil Jamil. Puspakom merupakan anak syarikat milik penuh DRB-Hicom.

Dalam pada itu, Abu Kassim turut mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada membuat sebarang tuduhan tidak berasas berhubung status akaun 1MDB sehingga siasatan terhadap kes berkenaan selesai.


Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengarahkan ketua audit negara mengesahkan secara bebas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib berkata Laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, yang bersifat dwipartisan sepenuhnya.

Perdana menteri juga berikrar bahawa sekiranya terbukti ada sebarang salah laku, 1MDB akan berdepan tindakan undang-undang.

– BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori