Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ahli ABM Akan Terus...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM) mengulangi bahawa ahlinya, yang merangkumi...

Lebih 3,000 Mohon Semak...

JERANTUT - Sebanyak 3,495 permohonan semakan semula keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)...

Elak Bayar Saman Trafik...

ORANG ramai yang mahu menjelaskan saman kesalahan trafik disarankan mengikuti saluran yang betul tanpa...

Lucu! Jangan Ingat KJ...

GARA-GARA berkongsikan gambar swafoto di laman Instagram, Khairy Jamaluddin diejek oleh seorang pengguna...

Hasan Malek Nafi Letak Jawatan Jika Harga Minyak Naik

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek menafikan sekeras-kerasnya penyebaran satu status Facebook berkenaan harga minyak yang viral sejak semalam.

Status itu mendakwa, Hasan menafikan berlakunya kenaikan harga minyak bermula esok (1 April) dan beliau bakal meletakkan jawatan sebagai Menteri KPDNKK sekiranya perkara itu benar-benar terjadi.

Kenyataan palsu berkenaan adalah seperti berikut;

“Saya memberi jaminan bahawa tiada sebarang kenaikan harga petrol dan diesel akan dilakukan dalam tempoh terdekat sekalipun berlaku sedikit kenaikan harga bahan bakar di pasaran.

“Pada masa ini, harga runcit RON95 adalah kekal pada harga RM1.95 seliter, RON97 pada harga RM2.25 seliter manakala diesel pada harga RM1.95 seliter.


“Sekiranya laporan palsu itu benar, saya dengan rela hati meletakkan jawatan sebagai Menteri KPDNKK berkuatkuasa serta merta tanpa prejudis demi kepentingan rakyat,”.

Gambar status palsu berkenaan.
Gambar status Facebook palsu ini mula tersebar sejak semalam.

Hasan Malek menyifatkan penyebaran status bahawa beliau sedia meletak jawatan andai berlaku kenaikan harga bahan api sebagai satu kebiadapan serta sikap tidak bertanggungjawab dan telah pun membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, Hasan dilihat turut membalas pertanyaan seorang pengguna sosial perihal berita penyebaran harga minyak yang menjadi bualan hangat masyarakat.

 “Kita tunggu pengumuman daripada Kementerian Kewangan. Kami di KPDNKK hanya agensi Perlaksana,” katanya pada ruangan komen di Facebook beliau. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori