AHLI kumpulan One Direction, Zayn Malik dilaporkan menarik diri daripada menyertai konsert jelajah seluruh dunia boyband itu selepas mengalami stres yang melampau.
Zayn dikatakan berhadapan dengan tekanan perasaan selepas kisah kecurangannya tersebar di media-media sosial, baru-baru ini.
Penyanyi berusia 22 tahun itu dikatakan curang dengan seorang wanita berambut perang di Phuket, Thailand ketika menjayakan persembahan di sana.
Ekoran dakwaan tersebut, Zayn menulis di laman Twitter menafikan khabar angin tersebut malah menyatakan perasaan cintanya hanya untuk tunangnya sahaja iaitu Perrie Edwards.
Di bawah merupakan gambar-gambar yang dikatakan menjadi punca Zayn terpaksa bergegas pulang ke kediamannya di United Kingdom tanpa menghabiskan konsert jelajah bersama rakan-rakan One Directionnya yang lain iaitu Harry, Niall, Liam dan Louis.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=u5dx4DROQ0g