Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Gerak Tengah Malam Ke...

PUTRAJAYA – Sebahagian penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sanggup mengorbankan...

Lemas: “Saya Nampak Selipar...

BANDAR SERI JEMPOL - "Selepas solat Asar, anak saya minta izin memancing. Saya...

Obama Pemimpin Paling Popular...

LONDON - Presiden Amerika Syarkat (AS), Barack Obama terpilih sebagai pemimpin paling popular...

Kaji, Bukukan Sikap Almarhum...

KUALA LUMPUR - Seorang pakar warisan dan peradaban Melayu menyarankan agar satu kajian...

Kes Bunuh Staf TV9: Suami Diperintah Bela Diri

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan suami kepada eksekutif pentadbiran TV9 Nur Syaleza Jaffar, membela diri atas tuduhan membunuh wanita itu, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan sedemikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mahkamah menetapkan esok bagi tertuduh, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 34, membela diri.

Terdahulu, tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 16 Okt tahun lepas.

Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di satu alamat di Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012.


Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan T. Deepa Nair sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan.

– BERNAMA

https://youtu.be/6p311kJCPGA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori