Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

2 Rumah Kedai Terbakar...

GEORGE TOWN - Dua rumah kedai dua tingkat di bangunan berusia ratusan tahun...

Pak Engku Hembus Nafas...

SHAH ALAM - Al-Fatihah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Raja Roslay Raja Mazlan atau...

Video: Wanita Diheret Sampai...

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki bertatu di bahagian belakang dan...

TPM Kongsi Kesedihan Pemergian...

KAJANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari...

Suasana Karnival Di Litar F1 Sepang Semakin Meriah

SEPANG – Kurang empat jam sebelum perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia bermula, orang ramai dilihat mula memasuki Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan perlumbaan berprestij itu.

Tanpa mempedulikan keadaan panas terik di sini, ada peminat yang sudah tiba sejak awal pagi lagi dengan dijangka kira-kira lebih 60,000 penonton akan membanjiri SIC di waktu puncak, 3 petang ini.

Keadaan trafik juga masih terkawal dengan pihak polis meletakkan anggotanya di beberapa laluan utama ke SIC.

Di bilik media, petugas media tempatan dan antarabangsa mula sibuk dengan tugasan masing-masing.


Ketika ini, beberapa aktiviti membabitkan pelumba F1 sedang berlangsung di kawasan pintu masuk utama SIC selain perlumbaan sampingan sedang berjalan.

Perlumbaan F1 dijadualkan bermula pada jam 3 petang.

Pelumba pasukan Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan di petak pertama diikuti pelumba Ferrari, Sebastian Vettel. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori