Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Buka Sempadan Malaysia-Singapura Perlu...

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia berpandangan perbincangan pembukaan semula sempadan di antara Malaysia dan...

Perlis Sumbang 140 Lembu...

ARAU - Kerajaan negeri menyumbang 140 lembu bagi melaksanakan ibadah korban kepada rakyat...

Apakah Fiza Halim Bakal...

PELAKON dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim kini sudah punya pengganti setelah...

Inilah Video Gadis Melayu...

Pasti ramai yang masih keliru dengan kes gadis muslim yang dipeluk atas pentas...

Sub Kontraktor Dipenjara Sehari, Denda RM10,000 Kerana Rasuah

JOHOR BAHRU – Seorang sub kontraktor dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM400 kepada seorang pegawai polis, awal bulan ini.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut memerintahkan tertuduh, Donny Harizzal Anak Ahjun @ Eden, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Donny Harizzal, 23, didakwa memberikan suapan itu kepada Inspektor Mohd Mokhtar Mohd Nor bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap Hanis Suraya Zul Afizi bagi kesalahan disyaki memiliki dadah.

Tertuduh yang berasal dari Sarawak didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Banang Height, Batu Pahat kira-kira 1.40 petang, 8 Mac lepas.


Dia yang masih bujang didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Noor Fazlin Hamdan manakala Donny Harizzal tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori