Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

45 Kematian Dalam 10,000...

PUTRAJAYA - Minggu Epid ke-21 berakhir 29 Mei lalu mencatatkan kadar kematian akibat...

Sebutan Semula Kes 10...

JOHOR BAHARU - Mahkamah Majistret Johor Baharu hari ini menetapkan 22 Disember ini...

Netizen Dakwa Kerjaya Pandu...

KUALA LUMPUR - Seorang netizen yang tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehnya...

Jumpa Kondom, Isteri Tikam...

HANYA kerana mengesyaki suaminya curang, seorang wanita berusia 22 tahun mengaku membunuh suaminya...

Sultan Nazrin Mahu Sidang DUN Perak Jadi Kebanggaan Rakyat

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menzahirkan hasrat baginda agar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dapat dijadikan kebanggaan rakyat negeri ini dan menjadi contoh rujukan dari segi prosiding, kualiti perbahasan serta tata kesopanan anggotanya.

Baginda bertitah berdasarkan profil ahli, DUN Perak dianggotai barisan profesional dan pemimpin politik yang kaya dengan pelbagai pengalaman.

“Kelulusan profesional dan khazanah pengalaman itu hendaklah dijelmakan dalam bentuk perbahasan yang mencerminkan kematangan dan kebijaksanaan, mengupas perkara-perkara utama dan menganalisis dasar-dasar penting secara rasional dan sebaik mungkin mengelakkan perkara-perkara sensasi yang berunsur peribadi,” titah baginda semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga DUN Perak ke-13 di sini.

Persidangan kali ini turut mencatatkan sejarah kerana merupakan keberangkatan pertama Sultan Nazrin ke Dewan Undangan Negeri sebagai Sultan Perak ke-35 sejak dimasyhurkan pada 29 Mei 2014.

Titah baginda DUN adalah entiti tersendiri dan ia cabang bebas dalam sistem demokrasi yang berpegang kepada doktrin pemisahan kuasa.


Baginda bertitah peranan utama DUN adalah untuk menyemak, menegur, menasihat dan mengaudit cabang eksekutif.

“Ia adalah tanggungjawab setiap ahli Dewan, baik di kalangan penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Penuhilah peranan tersebut secara objektif – secara konstruktif bertujuan untuk menambah baik sistem penyampaian dan sistem perkhidmatan kerajaan demi kesejahteraan rakyat jelata,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana berjaya melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada negeri Perak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Perak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori