Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Nik Nazmi Dakwa Dikasari...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa...

MAHB Kekal Sebagai Operator...

ISTANBUL – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mahu mengekalkan statusnya sebagai operator Lapangan...

Akhbar The Star Digesa...

KUALA LUMPUR - Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa agar memohon maaf secara...

8 Produk Kosmetik Dikesan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan lapan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual...

Sultan Selangor Terima Zakat Perniagaan RM18.618 Juta

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM18.618 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda menerima zakat berjumlah RM13.786 juta daripada TH dan RM4.832 juta daripada Bank Rakyat iaitu zakat bagi tahun kewangan berakhir 2014 dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, TH diwakili oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Ismee Ismail manakala Bank Rakyat diwakili Ahli Lembaga Pengarahnya, Abdul Rahman Kasim.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zakat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori